KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PERUNCIT BUMIPUTERA (BRO) MALAYSIA
DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB, PEJUANG KOS SARA HIDUP RAKYAT
Saya mewakili Persatuan Peruncit Bumiputera menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada
keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
- Beliau dikenali sebagai seorang yang amat prihatin tentang kos sara hidup rakyat dan
melahirkan inisiatif Payung RAHMAH cukup signifikan bagi membantu menangani beban
perbelanjaan masyarakat.
- Beliau juga sentiasa terbuka menerima cadangan dan pandangan pemain industri perniagaan
bagi menambahbaik sektor perdagangan negara ini.
- Mudah didekati dan dihubungi serta kerap turun padang bagi mendengar keluhan rakyat
marhean.
- Satu pemergian yang amat besar buat negara kerana hilangnya seorang pejuang kos sara
hidup rakyat.
- Sekalung takziah dan simpati buat keluarga Allahyarham serta warga KPDN.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Al- fatihah
DATUK WIRA (DR) HAJI AMEER ALI MYDIN
PRESIDEN PERSATUAN PERUNCIT BUMIPUTERA (BRO)
AHAD, 23 JULAI 2023